Thursday, January 12, 2012

PRODUK PERTAMA DARI KAMI



Setelah beberapa bulan menghadapi masalah dan kerenah birokrasi, akhirnya hasrat kami untuk mengeluarkan produk berasaskan strawberry sendiri tercapai. Buat permulaan kami hanya mengeluarkan jus strawberry sahaja dan insyaallah jika dimurahkan rezeki akan kami tambah kepada jam, acar dan lain-lain.

Pada awal pengeluaran kami hanya mampu membuat beberapa botol sahaja sehari, maklumlah kami takde peralatan berskala besar dan kebun strawberry sendiri. Buah segar yang kami gunakan agak terhad bekalannya. Produk ini sepatutnya dilancarkan pada cuti sekolah yang lepas, tapi oleh kerana banyak pekebun strawberry keberatan menjual buah segar, maka ia hanya mampu dilancarkan sekarang.

Kami juga hanya mengeluarkan botol dengan label biasa sahaja dan diharapkan pelanggan diluar sana tidaklah begitu ambil serius dengan penampilannya yang serba kekurangan. Matlamat kami hanyalah untuk memberi peluang pembeli muslim mendapatkan produk dari pengusaha muslim juga.

Spesifikasi produk:

Nama: Jus strawberry
Kandungan: 1 Liter
Cadangan pencairan: 1 bhg jus + 8 bhg air
Harga: RM15
Mula dijual: 15 Januari 2012.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Saturday, January 7, 2012

S CORNER

S Corner adalah salah satu pusat jualan terbaru di Cameron Highlands. Baru sahaja beroperasi pada cuti akhir tahun persekolahan yang lalu. S Corner mendapat nama kerana lokasinya di selekoh berbentuk "S" tak jauh dari Kea Farm.

Nama tempat: S Corner
Lokasi: 2 km dari Brinchang menghala ke Kg Raja. Sebelum Cactus Point dan Kea Farm.
Komen saya: Beberapa barangan sepert teh, jus strawberry dijual pada harga lebih mahal dari tempat lain, mungkin kerana sewa tempat nie mahal kot.
Masuk adalah percuma

S'Corner melibatkan 3 ruangan dalam 1 bumbung iaitu Tea House, pusat jualan dan ladang cendawan.



Pusat jualan pokok berpasu.



Ladang cendawan



Pusat jualan



Jualan cenderamata



Tea house



Antara sayuran yang dijual, zukini, lobak putih, terung.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, January 6, 2012

HERBA AKUTAKTAUNAMADIA



Semalam sempat berkunjung ke ladang organik milik Mr. Fung di Ringlet atas urusan tugas. Beberapa kali berkunjung menjadikan kami agak akrab dan lawatan ladang menjadi menarik. Ladang organik milik beliau antara yang terawal mendapat persijilan SOM. Seperti biasa beliau tidak keberatan membawa saya meninjau sekitar ladang dan pastinya berkongsi maklumat berkaitan beberapa herba yang beliau tanam untuk kegunaan sendiri. Dahulu saya mendapatkan benih herba misai kucing dari ladang beliau, kali ini saya diperkenalkan dengan 2 herba baru, antara pokok herba dari jepun. Saya tak boleh ingat nama jepunnya, cuma beliau terjemahkan dalam bahasa melayu sebagai "pokok tahun depan" sejenis herba yang baik sebagai anti kanser. Satu lagi pun saya lupa namanya cinanya, cuma ia sejenis pokok menjalar. Buahnya baik untuk aliran darah dan menyembuhkan lebam.

Gambar diatas ialah buahnya yang beliau beri sebagai benih untuk ditanam di halaman rumah. Ada sesiapa kenal buah nie?
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed