Monday, August 8, 2011

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS


CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, August 3, 2011

CROWN IMPERIAL COURT



Satu projek perumahan yang baru siap, terletak di tengah Bandar Brinchang. Pintu masuk (dan pintu keluar juga) terletak bersebelahan stesen Petronas.

Terletak diatas bukit menjanjikan pemandangan yang cantik. Itu kalau unit yang menghadap bandar Brinchang la, kalau menghadap bukit, tengok hutan ler...

Beberapa unit telah mula diduduki dan ada juga unit yang disewakan kepada pelancong oleh pemilik. Tapi sebab unit apartment kat sini mahal-mahal, jadi sewa pun tinggilah juga. Dengar khabar RM300-RM400 semalam.

Beberapa minggu lepas berkesempatan untuk naik hingga ke tingkat 12 untuk melihat pemandangannya. Tapi itulah kali pertama dan terakhir untuk naik sana, sebab rasa gerun pun ada. Bangunan setinggi 12 tingkat di lereng bukit? Bukan pilihan saya.....huhuhu

Pemandangan bandar Brinchang dari tingkat doplas.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed