Wednesday, June 29, 2011

TANAH TINGGI LOGING SEMAKIN GONDOL


~Artikel dari Utusan mengenai kebimbangan tanah tinggi Loging yang akan menjadi nasib sama dengan jirannya, Cameron Highlands~

GUA MUSANG 17 Jun - Tanah tinggi Lojing terletak di wilayah barat daya Kelantan, merupakan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa dengan keluasan lebih 25,000 kilometer persegi dan ketinggian antara 610 hingga 1,500 meter dari aras laut.

Terletak bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dengan suhu sekitar 18 hingga 25 darjah celsius, tanah tinggi Lojing menjadi pusat pengeluaran sayur-sayuran di negeri ini. Begitupun, kerakusan pihak tertentu menjalankan penerokaan secara tidak terkawal di kawasan tersebut, menyaksikan tanah tinggi Lojing semakin 'gondol' dan terdedah kepada ancaman hakisan serta tanah runtuh.

Malah, kewujudan begitu banyak kawasan pertanian fertigasi turut menyaksikan kawasan sekitar tanah tinggi Lojing berdepan dengan ancaman alam sekitar yang semakin serius apabila bahan buangan serta sampah-sarap daripada projek tersebut tidak diurus dengan baik dan dibuang sesuka hati. Menurut sumber di Internet, nama Lojing sendiri dipercayai berasal daripada perkataan logging bermaksud pembalakan, aktiviti yang dikatakan paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang lebuh raya Cameron Highlands-Lojing-Gua Musang, Sabtu lalu pula menyaksikan kerakusan pihak tertentu meneroka tanah khususnya untuk pertanian hatta sehingga ke puncak bukit habis ditarah.

Malah, terdapat dengan jelas beberapa kejadian tanah runtuh akibat pembukaan secara tidak terkawal tanah tersebut, tetapi tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Perkembangan itu sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyelia pembangunan di tanah tinggi Lojing supaya pembukaan tanah-tanah dijalankan secara terkawal dan bersistematik bagi mengelak kemusnahan kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Pembukaan tanah dalam skala besar dan terbuka itu juga menyaksikan berlaku pencemaran kepada sungai-sungai sekitar Lojing yang airnya bertukar menjadi warna 'teh susu', sama seperti warna air keruh yang mengalir sepanjang Sungai Kelantan. Antara aliran sungai yang terdapat di Lojing adalah Sungai Brooke, Belatop dan Jelai.

Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerajaan negeri mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing agar selari dengan garis panduan kawasan pembangunan khas supaya kawasan tanah tinggi itu terus terpelihara keasliannya.

Titah baginda, aktiviti di tanah tinggi itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh serta hakisan yang boleh merosakkan ekosistem tanah tinggi itu. "Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan di situ tidak menyebabkan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan," titah baginda.



engulas aktiviti penerokaan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata, masalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak memikirkan kesan penerokaan terbabit kepada alam sekitar dan penempatan Orang Asli.

Beliau berkata, pembukaan tanah secara tidak terkawal turut menyebabkan masalah rumah penduduk di Kampung Sendrop diancam hakisan dan tanah runtuh akibat sikap rakus pemaju menukar aliran sungai semata-mata untuk meluaskan kawasannya.

"Kita terpaksa belanja kira-kira RM200,000 untuk membina benteng bagi menyelamatkan rumah penduduk daripada diancam tanah runtuh," katanya. Menurut Abdul Aziz, sikap tidak prihatin kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembukaan tanah di Lojing juga telah menyebabkan air di beberapa batang sungai 'tiada masa untuk jernih.

"Masalah ini sudah lama dan kita juga telah bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tiada tindakan konkrit sehingga kini. "Akibat tidak ada kawalan dalam pengagihan tanah menyebabkan punca air kepada penduduk tercemar selain ancaman kepada alam sekitar. Selain itu, air terjun di Kampung Dakoh, Balar turut terancam disebabkan pembukaan tanah untuk pertanian.

"Kerajaan negeri kena kawal kegiatan di tanah tinggi Lojing bagi mengelak kemusnahan alam sekitar lebih teruk, selain tanah runtuh yang akhirnya menjejaskan penduduk setempat," katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Lojing, Nik Ab. Rahman Nik Yusoff ketika dihubungi memberitahu, masalah yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu kebanyakannya melibatkan tanah milik (tanah yang dipajakkan kepada syarikat) dan pemantauan serta penguatkuasaan terletak di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Gua Musang.

"Kita tidak ada kuasa untuk mengawal kerana ia tanah milik, kecuali berlaku salah guna tanah," katanya.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, June 16, 2011


CAMERON HIGHLANDS 9 Mei - Bagi masyarakat Orang Asli di sini, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari rezeki menerusi sumber hutan.Antaranya dengan menjual petai kepada orang ramai termasuk pelancong.Salah seorang penjual petai, Mamud a/l Bangus, 42, dari Kampung Tanah Rata, di sini yang memborong beribu-ribu papan petai kepada peminat buah tersebut yang singgah di kampungnya sebelum ke pusat peranginan Cameron Highlands.

Bagi tujuan itu, dia mendirikan bangsal kayu di tepi jalan raya antara Ringlet ke Pekan Tanah Rata untuk menjual petai."Saya tidak perlu memanggil pelanggan berhenti untuk singgah di bangsal ini. Ratusan papan petai yang diikat dan tergantung di bangsal ini telah memadai untuk menarik minat pelancong singgah di sini.

Kebiasaannya, pelancong Barat dan Jepun teruja melihat petani ini, lalu mengajukan pelbagai soalan sambil merakamkan gambar. Saya melayan kerenah mereka dengan menerangkan dengan jelas mengenai buah ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Tanah Rata baru-baru ini.

Mamud yang boleh bertutur bahasa Inggeris dan Mandarin berkata, dia memborong petai daripada mereka yang tinggal di pedalaman dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke kampung mereka.Apabila tiba musim petai, katanya, dia akan membeli 2,000 hingga 3,000 papan petai setiap hari daripada salah seorang rakannya.

Setiap seikat petai yang mengandungi 100 papan dijual dengan harga RM80,katanya.Kebiasaannya, kata Mamud, petai muda boleh disimpan lama dan petai tua pula boleh dijerukkan sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya mampu meraih antara RM200 hingga RM300 sehari bagi menampung keperluan keluarga termasuk menyara persekolahan anak, selain dijadikan modal pusingan untuk memborong petai lain," ujarnya.

Selain petai, tambah Mamud, dia juga menjual madu lebah, ubat-ubatan herba, pisang, buah taban dan ubi yang diperoleh daripada pemborong di pekan Tanah Rata dan Brinchang.

"Bagaimanapun, saya lebih suka menjual petai kerana mudah dipasarkan selain buah ini menjadi kegemaran pelbagai bangsa termasuk orang Barat," katanya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed