Wednesday, August 26, 2009

BERPUASA DI CAMERON HIGHLANDS

Bila tiba bulan ramadan, memang ade kelainannya suasana berpuasa di Cameron Highlands jika dibandingkan di bawah. Antara perkara menarik sepanjang ramadan ialah

1. Anda akan rasa cepat lapar, kol 10 pagi pun dah perut keroncong. Sebab kat sini sejuk dan badan kita akan memetabolismakan makanan untuk menjana tenaga haba, jadi memang akan rasa lapar cepat.
2. Kalau anda bekerja di luar (dibawah panas mentari) memang terasa haus, tapi tak terlalu ketara berbanding dibawah. Kalau anda kerja di dalam pejabat, asik dok ngadap komputer, memang tak rasa haus pun. Masa buka pun minum air segelas je. Memang tak teruja nak cendol, laici kang, atau sirap bandung. Cukuplah sekadar air teh suam.
3. Pasar ramadan tak berapa meriah. Kat Tanah Rata cuma ade lebih kurang 20 peniaga je dan kat Brinchang pun lebih kurang macam tu. Maka pilihan makanan tak banyak. Anak aku kalau pergi pasar ramadan, bukan kuih dicarinya, tapi mercun, bunga api. Tapi memang takdelah benda tu kat sini. Yang dia tahu pasar ramadan jual mercun bukan kuih.
4. Kalau anda jual air minuman, tak berapa jalan la. Kitorang lebih teruja pada makanan seperti kuih muih dari minuman dari cendol dan laici kang.
5. Walaupun jarak Tanah Rata - Brinchang hanya 5km, tapi harga makanan kat pasar ramadan adalah berbeza. Kat Tanah Rata buleh dapat kuih 3 singgit, tapi kat Brinchang dah jadi 5ketul 2 hinggit.
6. Taufu Fah penuh dalam tupperware cerah yang dijual singgit kat KL tu akan jadi singgit setengah kat CH dan isinya hanya separuh jer. Mahal sangat ke kacang soya tu?
7. Amat jarang jumpa stall yang jual kuih raya. Orang ambik upah jahit baju raya pun kurang.
8. Aku dah 3 minggu carik gula, memang takde kat CH. Tiap tahun pun macam tu. Dah terbiasa la pulak bila dekat raya nie.
9. Masa bulan puasa, masjid memang penuh masa solat tarawih. Lepas 8 rakaat dah kurang banyak. Kat sini sejuk, jadi balik rumah awal sikit katanya.
10. Pelancong memang kurang, jalan pun lenggang dan tak sibuk.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADAN



Kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua follower dan pembaca Blog Indahnya Cameron Highlands. Semoga kebaikan yang kita lakukan akan dibalas berlipat kali ganda.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, August 19, 2009

PENGANGKUTAN AWAM DI CAMERON HIGHLANDS



Perkhidmatan pengangkutan awam sebenarnya tak berapa meluas di Cameron Highlands. Bagi pengunjung yang datang ke sini menggunakan perkhidmatan bas, mungkin akan mendapat sedikit masalah. Terdapat 3 buah syarikat bas ekspress yang beroperasi Di Cameron Highlands iaitu Unititi Ekspress, Kinta Omnibus dan Kurnia Bistari Ekspress.

Antara laluan bas tersebut ialah

1. Unititi Ekspress
Cameron Highlands - KL Sentral - Kuala Lumpur (8.30am, 1.30pm)
Cameron Highlands - Johor Bahru (8.30am)
Cameron Highlands - Singapura (9.00am)

2. Kinta Ekspress
Cameron Highlands - Ipoh (8.00am, 11.00am, 3.00pm, 6.00pm)

3. Kurnia Bistari Ekspress
Cameron Highlands - Kuala Lumpur (9.00am 10.30am 12.30pm, 1.30pm, 3.30pm)
Cameron Highlands - Butterworth

Bas tempatan pula ialah Regal Bas yang beroperasi dari Tapah - Cameron Highlands. Pertama kali cuba naik bas regal nie, aku rasa nak separuh mati. Itu baru Tanah Rata - Ringlet yang jaraknya cuma 15km.

Perkhidmatan teksi sewa juga terdapat di Stesen Bas Tanah Rata dengan kadar bayaran RM25 sejam. Kalau nak ke Mardi dari Tanah Rata (1km jer!) anda kena bayar RM4. Lebih baik jalan kaki dari naik teksi.

Perkhidmatan bas tempatan dari Tanah Rata - Kg Raja hanya melalui jalan utama, jadi kalau nak gie sebahagian tepat menarik tu kena jalan kaki la dari jalan besar. Oleh itu teksi adalah pilihan utama kebanyakan pelancong.

Singboard kaunter tiket Unititi Ekspress dan Kinta Omnibus. Kaunter dia kat belakang tu. Aku tak berani nak ambik gambar kaunter sebab kerani kaunter tu pandang aku semacam jer masa hala kamera kat dia...ingat aku nie perisik kot.




TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, August 18, 2009

TAG DARI KUINA - KENAPA SAYA BERBLOG

Tengah termenung kat bilik tunggu visitor dari SIRIM yang tak sampai-sampai, aku pun belek blog kesayangan aku nie. Belek punya belek, rupanya ada pulak follower KUINA yang tag aku. Memandangkan orang SIRIM tu tak sampai-sampai lagi, maka aku jawaplah persoalan ke"tag"kan itu.

Kenapa aku berblog?

1. Mula kau menulis blog ialah pada bulan Mac 2009, kira barulah lagi kan. Puncanya ialah kerana terbukunya didalam hati satu perasaan kesian, sedih, marah, kachewa (macam perkataan zaman dulu je). Cuba bayangkan masa kita jalan-jalan kat Cameron bumi terchinta nie, baru jalan sepuluh langkah, ada pelancong nak tanya jalan, kedai makan kat mana, bank nak kuar duit kat mana, macam mana nak gie stesen bas, hotel itu ini kat mana. Kalau yang tanya tu orang Mesia takpelah kan, nie yang tanya tu omputih, jerman, tok arab, negro, tanzania, turkistan, cuma dari gohet-gostan je takde. Nak menjawap dalam bahasa omputih nie aku kurang sikit, jadi kadang tu bila diaju soalan maut yang tak reti nak jawap, terpaksalah aku jawap tak tahu. Lagi maut, aku cakap aku pun pelancong macam diaorang gak! Maka terciptalah blog nie, korang sebelum gie CH, tengoklah dulu blog dan dapatkan maklumat seadanya dari sini. Maka bila sampai CH takyah nak tanya orang lagi. Terus pergi destinasi korang nak tuju, jadi takyah buang banyak masa nak cari jalan. Dahlah jalan jem masa musim cuti.

2. Kadang tu cian jugak kat pelancong, bila makan kat kedai kekadang tu kena cekik. Tak semua penjual yang macam tu, tapi ada segelintir jugak yang ambil kesempatan keatas pelancong pasal makanan. Jadi aku buat blog nie yang ada unsur katering, sesapa nak buat rombongan buleh ambik katering dari aku dengan harga berpatutan. Itupun boleh menjimatkan masa korang. Bayangkan korang dari KL pukul 9 pagi, sampai CH kol 1 petang, makanan pun dah siap order dari aku dan terus makan. Kol 2 dah buleh gie jejalan mana-mana. Balik jejalan kol 7 malam, makan malam pun dah siap kat penginapan. Kan korang boleh jimat masa dari kehulu kehilir cari kedai makan.

3. Dengan blogging nie aku dapat ramai kenalan maya. Bukan kenalan bernama Maya tau. Selain kita berkongsi maklumat, dapat jugak kita mengeratkan siratulrahim. Walaupun follower aku tak ramai, tapi kira bolehlah tu.

Itulah seadanya jawapan dari aku kepada tog dari Kuina.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - HILL GARDEN LODGE & GREEN GARDEN HOTEL



Nama: Hotel Green Garden dan Hill Garden Lodge
Lokasi: Betul-betul kat tengah bandar Brinchang dan ditepi jalan besar. Dok pun sebelah-sebelah. Jangan ingat bahawa kalau ada perkataan "garden" tu hotel nie tengah taman pulak. Takde taman dekat-dekat situ.
Kategori: Hotel Budget
Fakta menarik: Dekat semua kemudahan awam seperti pasaraya, pasar malam, medan selera, restoren cina, melayu dan mamak.

Kad nama dari Hill Garden Lodge mengandungi maklumat seperti alamat, no tipon dan kadar sewa bilik.




Pamplet dari Hotel Green Garden. Hotel nie adalah bangunan corner lot. Kat sebelah tu ada warung tomyam, kira okeylah rasanya.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, August 17, 2009

RESTOREN MAKANAN SEGERA DI CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands adalah kawasan pelancongan yang terkenal di Pahang. Kebanyakan pelancong akan ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadi didalam suasana suhu sederhana. Dua perkara berkaitan makan jika anda ke sini ialah BBQ dan steamboat dan pastikan anda menikmatinya.

Mungkin itulah sebabnya restoren makanan segera tidak "glamor" di sini. Hanya 2 restoren makanan segera beroperasi iaitu Marrybrown Family Restaurant dan KFC. Anda boleh mengunjungi Marrybrown di Tanah Rata dan KFC di Brinchang. Bila tiba musim cuti kedua-dua restaurant ini akan penuh dengan pelanggan. Aku pun jarang pergi makan kat KFC waktu musim cuti sebab sesak sangat. Cuma satu aku nak tanya kat korang,

"kat bawah kan banyak KFC, apesal naik cameron pun makan KFC jugak?, dahlah harga lebih 7%, bagilah orang cameron pulak makan KFC"

MARRYBROWN FAMILY RESTAURANT
No 4.4A Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands



KENTUKI FRAI CIKEN (KFC)
No.1A Ground & 1st Floor, Jalan Besar, 39100 Brinchang,
Cameron Highlands


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - JURINA HILL LODGE

Nama: Jurina Hill Lodge
Lokasi: Di Tanah Rata, 3 minit jalan kaki ke pusat bandar. Kalau naik kereta, mungkin 10 minit sebab kena cari parking.
Fakta menarik: Unit banglo yang dikelilingi kehijauan flora dan fauna, suasana sunyi tetapi taklah jauh dari pusat bandar Tanah Rata. Parking yang luas, ada kemudahan BBQ.



TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - CHUA GIN HOTEL



Nama: Hotel Chua Gin
Lokasi: Ditengah-tengah bandar Brinchang
Kategori: Hotel Budget
Fakta tambahan: Dekat pasar malam, medan selera, pasaraya. Takde parking tersendiri, pengunjung kena cari parking sendiri.
Kadar sewa: RM50 (menghadap belakang), RM60 (Menghadap jalan). Harga pada cuti dan hujung minggu naik sikit.

Pamplet menunjukkan lokasinya. Terlalu senang kalau nak cari hotel nie.





Restoren Golden Win terletak bersebelahan hotel Chua Gin. Hotel dan restoren nie dalam dimuatkan dalam pamplet yang sama, jadi aku upload la sekali. Restoren nie takde logo halal walaupun ada cakap "serve no pork".


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

TEMPAHAN DARI EN. ZAM

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Terima kasih kerana menempah makanan dari kami.

SPECIAL CHICKEN RICE



NASI LEMAK



NASI GORENG CINA


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, August 13, 2009

BAGAIMANA UNTUK MENEMPAH RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Korang pernah cuba masuk kedalam website Bahagian Pengurusan Hartanah yang menguruskan Rumah Peranginan Persekutuan. Untuk makluman, kakitangan awam layak menduduki Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands pada kadar sewa amat rendah dan permohonan perlu dibuat secara online.

Mula-mula masuk kedalam website tersebut.

http://www.bph.gov.my

Anda akan nampak website dia rupa macam dibawah nie. Klik gambar kalau nak saiz dinasour.

Ada 4 jenis permohonan online disana, kalau nak memohon rumah Peranginan Persekutuan, klik icon tersebut.



Ada akan dibawa masuk ke page 1 Permohonan Baru. Masukan no. kad pengenalan anda dan tekan butang >>



Bila dah masuk no. kad pengenalan (yang aku masuk tu tipu jer), anda kena isi jenis tempahan, kategori jawatan, kategori gred dan gred jawatan. Tekan butang Tempahan Baru.



Contoh yang telah siap diisi.



Anda akan masuk page 2. Pilihlah destinasi percutian anda.



Scroll kebawah lagi untuk destinasi lain, contohnya Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Tekan destinasi tersebut.



Anda akan sampai page 3. Mengandungi kalendar kekosongan rumah tersebut. Contoh untuk bulan september, masih ada kosong, tapi hujung minggu penuh la (warna merah). Itu untuk apartment 2 bilik.



Scroll kebawah dan klik pada ruangan Jenis Chalet, tandakan Bilik Biasa. Anda akan dapat kalender kekosongan untuk bilik biasa, seperti dibawah. Hanya minggu ketiga je penuh. Mungkin ada mesyuarat, orang booking seminggu terus. Senarai harga pun disediakan.



Kalau anda berminat untuk menempah, scroll ke bawah lagi dan isikan ruangan Bilangan Bilik, Tarikh Masuk dan Keluar, Bilangan Dewasa dan Kanak-Kanak.



Contoh yang telah diisi.



Bila dah siap segalanya, tekan butang Tempah. Anda akan dibawa masuk ke page 4 dan 5 berkaitan maklumat pembayaran dan pengesahan.

Oleh sebab aku cuma nak tunjuk cara tempahan dibuat bukannya nak buat tempahan sebenar, maka sampai page 3 je yang aku tunjukan. Korang pun kalau setakat nak survey ada kekosongan atau tak, cukuplah sampai page 3 sahaja.

Diharapan maklumat ini membantu korang semua.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

MELWIN ENTERPRISE GARDEN CENTRE



Nama: Melwin Enterprise Garden Centre
Lokasi: Sebelah Hotel Della Fern, ~3km dari Tanah Rata menghala Brinchang.
Tiket: Masuk percuma
Menarik: Jualan seperti tempat lain, cenderamata, produk sayuran, munger (ikut kata Shida Orkidku Blogspot)

Antara cenderamata yang dijual.



Ini bukan munger, tapi pokok terung. RM15 sepokok.



Pokok strawberry dalam polibeg, bukan secara fertigasi sebab aku tak nampak pun paip fertigasi.





Pusat jualan untuk diisi dalam perut.



Hotel Della Fern disebelahnya.



Antara pokok munger untuk dijual.



Macam-macam ade, produk IAT Cameron Highlands.



Cenderahari untuk menghias rumah anda.





Specimen rama-rama yang diawet untuk hiasan.



Aneka bantal untuk keselesaan anda.



Selamat datang ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, August 12, 2009

DOA MENJAUHI WABAK H1N1

Setakat nie belum lagi ada yang disahkan mengidap H1N1 di Cameron Highlands. Itu setahu aku la, tapi memang ada khabar bertiup sepui-sepui bahasa, mengatakan memang dah ada yang dijangkiti. Kebanyakan pesakit yang disyaki dan dimasukan ke Hospital Sultanah Kalsom akan dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan selanjutnya. Itu yang baiknya sebab pembawa virus akan terus dibawa jauh dari Cameron Highlands. Tapi yang tak syoknya, perjalanan dari Cameron Highlands ke Hospital Ipoh mengambil masa 2 jam melalui jalan berliku Simpang Pulai. Cuba bayangkan orang tak sakit yang jadi pengiring pun boleh jadi sakit sama.

Apapun cubalah amalkan doa tersebut tiap pagi dan petang dan bertawakal hanya kepadaNya. Doa copy paste dan ehsan dari blog Ustaz Bakri

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, August 11, 2009

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - TUDOR HOME INN



Nama Hotel: TUDOR HOME INN
Lokasi: Bandar Brinchang, pengunjung perlu masuk melalui simpang di hadapan Hotel Star Regency, selepas 50 meter, belok ke kiri, kemudian belok kekanan pulak. Hotel terletak berdekatan Pasaraya Sakan.
Kategori: Hotel budget
Apa yang menarik: Kat tengah bandar, dekat pasar malam, tak berapa bising sebab bukan depan jalan besar.
Kadar harga bilik: Dalam lingkungan RM100. Kat kaunter hotel cuma ada kad nama je, pamplet harga tak pulak disediakan, tapi kata penyambut tetamu tu dalam Rm100 semalam. Untuk kepastian, korang boleh telefon sendiri atau lawat websitenya. Cuma sampai la ni, aku pun tak dapat masuk lagi website tu. Hotel nie baru beroperasi hujung tahun lepas.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, August 10, 2009

TAMAN AGRO ALMASHOOR



Nama Tempat: Taman Agro Al Mashoor
Lokasi: Di taman Sedia, ~2km dari Tanah Rata menghala Brinchang.
Tiket: Percuma
Apa yang menarik: Ladang strawberry dan pusat jualan. Jenama Almansor adalah antara jenama yang terkenal di Cameron, meliputi jem, jus, kordial yang dibuat sendiri (homemade). Jem strawberry amat istimewa kerana didalam botol anda akan dapati buah strawberry yang masih sebijik-sebijik. Takde letak perasa tau!. Taukeh dia nie (Tuan Syed) adalah bekas ketua stesen Mardi Cameron Highlands.

Deretan pokok strawberry.



Pusat jualan.





Pokok anggur menjalar dibumbung pusat jualan. Apa yang menariknya ialah anda boleh nampak pokok anggur dikebanyakan tempat di Cameron, tapi anda takkan jumpa sorang pun yang jual buah anggur Cameron. Tanam boleh, tapi kalau nak makan anggur, anda kena turun ke Ipoh, beli aje kat Tesco.



Antara produk yang dijual.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed