Thursday, May 28, 2009

BULAN TEKNOLOGI PERTANIAN DI CAMERON HIGHLANDS



Pada musin cuti persekolahan minggu depan, akan berlangsung Hari Teknologi Pertanian yang dianjurkan oleh MARDI Cameron Highlands. Acara ini akan berlangsung pada 6 - 8hb Jun 2009 di Taman Agroteknologi Mardi. Majlis perasmian oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Haji Noh Omar akan diadakan pada 7hb Jun 2009 ditempat yang sama.

Bulan Teknologi Pertanian merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan membudayakan amalan turun padang di samping meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan MoA Inc. Penganjuran aktiviti ini menyediakan landasan yang berkesan bagi meningkatkan pemindahan dan pengkomersilan teknologi melalui penyebaran maklumat kepada golongan sasar.

Teknologi Pertanian dianjurkan bagi mencapai objektif berikut:

• Menyediakan landasan berkesan untuk meningkatkan pemindahan dan pengkomersilan teknologi
• Mendapatkan maklum balas pelanggan mengenai status penggunaan teknologi.

Sehubungan dengan itu semua pengunjung dijemput hadir. Banyak gerai pameran dan jualan akan dibuka dan pastinya pengunjung yang bertandang ke Cameron Highlands pada tarikh tersebut akan berpuashati mendapatkan produk Cameron pada harga berpatutan.

Pusat maklumat Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Gambar nie diambil bulan april dulu, sekarang dah tak macam nie....warna dah tukar.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, May 25, 2009

POKOK LABU SIAM KU!



Duduk kat kawasan pertanian nie, kenalah jadi petani jugak. Walaupun dok rumah yang ruang tanah terhad, sempatlah jugak cucuk pokok sebatang dua buat penyeri laman. Pokok labu siam nie aku tanam 2 pokok je, tapi tumbuh subur la pulak! Kat Cameron memang pokok nie banyak ditanam terutama di cerus bukit sebagai tumbuhan mengelakkan hakisan. Kalau jalan menuju kawasan pertanian di Sg. Manson, pokok nie memang banyak ditanam.

Nak tanam memang mudah, campak je buah yang tua dan ia akan tumbuh sendiri. Ia jenis pokok menjalar dan mudah hidup dan berbuah banyak. Aku dapat benih dia secara percuma je, kutip kat tepi jalan. Buahnya memang sedap dimasak ala-ala masak labu air. Tapi hakikatnya, warga cameron tak suka makan buah nie sebab ia kategori "sejuk", dahlah cameron memang sejuk. Nanti badan senang masuk angin, orang kata la.....

Inilah 2 pokok labu siam yang aku tanam, kalau buat macam para, biar senang anak aku bermain dibawahnya sambil tangkap kupu-kupu.



Inilah rupa buah labu siam. Yang dah agak tua dan keras. kalau nak makan cari yang masih muda.



Buah labu siam yang bergantung-gantungan.



Gambar jarak dekat.



Suasana redup dibawah para, untuk bebudak bermain.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, May 21, 2009

BANDAR BRINCHANG DITENGGELAMI KABUS



Petang semalam semasa bawa keluarga shoping (alaa...bukan shopping ape pun kat Cameron nie), secara tiba-tiba bandar Brinchang ditenggelami kabus. Walhal masa pagi dan tengahari bukan main panas terik. Fenomena nie biasa berlaku dan biasanya pada waktu petang, yang pada paginya panas terik. Pada masa kabus melanda, suhu sebenarnya taklah menjadi terlalu sejuk dan kabus akan berakhir pada masa yang singkat je. Tak sampai pun setengah jam.

Jarak penglihatan cuma dalam 50 meter sahaja.



Bangunan sebelah pun tenggelam.



Berhati-hati jika sedang memandu.



Waktu nie dalam pukul 6.30 petang.



Pemandangan tempat parking depan pasaraya Jimat.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, May 6, 2009

BUAH DARI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS



Cameron Highlands mungkin terkenal sebagai pusat pengeluaran sayur-sayuran dan bunga yang terpenting di Malaysia. Jika ingin dikaitkan dengan buah-buahan, maka Cameron Highlands hanyalah satu tempat yang biasa sahaja. Mungkin hanya strawberry yang menjadikannya indah.

Tahukan anda bagi warga Cameron, kami tidak berpeluang untuk makan pelbagai jenis buah seperti anda semua. Mana ada pokok rambutan, durian, mangis atau duku kat sini. Celik mata je nampak strawberry. Kebanyakan pasaraya di sini hanya menjual buah oren dan epal. Pergilah mana-mana kedai/pasaraya, anda hanya akan jumpa 2 jenis buah tu je. Biasanya kami akan ke pasar malam di Tanah Rata pada tiap ahad untuk membelek-belek buah, itupun kalau ada dijual. Biasanya ada sorang pakcik tu yang jual buah kat situ, antara buah yang dijual seperti rambutan, durian, longan, mangis. Tapi harga dah tak sama seperti dibawah, mahal sikit.

Tetapi Cameron masih lagi mempunyai beberapa jenis buah yang menjadikannya unik. Antaranya

Yang gambar diatas tu nama dia Tembikai wangi. Buah nie agak mahal sikit walaupun rasanya macam tembikai susu atau memang dia tembikai susu pun!

Yang nie biasalah, strawberry



Ini pun aku nak kira buah jugak la....keledek madu. Saiz kecil je.....jangan cari saiz besar sebab memang takde.



Yang nie buah cinta. Cara makan, gigit buat lubang kat bahagian bawah dan sedut je....



Yang nie Apple Cameron.



Jadi jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, carilah buah-buah nie.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

KOPERASI MUKMIN CAMERON HIGHLANDS BHD



Untuk makluman semua warga Cameron Highlands, satu koperasi telah ditubuhkan iaitu Koperasi Mukmin Cameron Highlands Bhd untuk semua muslimin dan muslimat daerah Cameron Highlands. Permohonan penubuhannya telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Perak.

Antara aktiviti koperasi yang akan dijalankan ialah pasar mini, pertanian dan pelancongan. Kawasan operasi pula adalah disekitar daerah Cameron Highlands. Adalah disasarkan keanggotaan pada peringkat awal adalah seramai 200 orang.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak koperasi dialamat

Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05 4911425 @ 019-5125585

Yuran pendaftaran sebanyak Rm30.00 akan dikenakan manakala saham minimum ialah sebanyak Rm1000.00 dan boleh dibayar secara ansuran 3kali atau 5kali.

Dengan anggaran pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands seramai 300,000 hingga 400,000 setahun, pastinya penubuhan koperasi ini akan memberi manafaat dan keuntungan ke pada warga Cameron Highlands.

Untuk sesiapa diluar Cameron yang berminat, bolehlah menghubungi tel. diatas untuk kepastian sama ada keahlian dibuka kepada orang luar atau tidak.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, May 5, 2009

LADANG LEBAH MADU



Tempat yang amat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands ialah Ladang lebah madu. Dengan perkembangan industri bunga di sini kian pesat membangun, maka lebah madu juga menjadi satu perniagaan dan tarikan pelancong ke Cameron Highlands. Lokasi ladang lebah madu ini terletak di Habu, Ringlet, kira-kira 4km dari Ringlet dan 12km sahaja dari Tanah Rata. Oleh kerana jalan masuk ke ladang ini sama dengan jalan masuk ke Boh Plantation, maka pengunjung biasanya akan melawat ladang ini sekaligus melawat Boh Plantation. Boh Plantation hanya 5km sahaja dari ladang lebah madu ini.

Pengunjung akan berjumpa 2 papan tanda besar menunjukkan jalan masuk kesana. Satu menunjukkan Boh Plantation dan satu lagi Bee Farm. Dari simpang jalan besar tersebut, ladang ini hanya 650meter sahaja. Seperti di bawah.



Setelah masuk lebih kurang 650meter, pengunjung akan jumpa pintu masuk ke ladang tersebut. Ada tempat letak kereta yang luas disediakan untuk kemudahan pengunjung.



Laluan masuk ke ladang tersebut.



Antara kotak lebah madu yang boleh dilihat disekitar ladang.



Banyak terdapat bunga matahari ditanam disini, mungkin untuk kemudahan lebah mencari makanan.



Bunga matahari dari pandangan dekat.



Lagi kotak lebah madu.



Ladang ini juga menanam strawberry. Uniknya ialah ia ditanam dalam pasu tembikar, tidak seperti ditempat lain.



Deretan pokok strawberry.



Banyaknya kotak lebah madu di atas bukit.



Yang ini namanya labu siam. Biasanya ditanam sebagai kawalan hakisan tanah di cerun bukit.



Salah satu kotak demo lebah madu, boleh ambik gambar dekat-dekat. Lebah tu berada dalam kotak kaca dan takkan kacau orang.



Pintu masuk lebah kedalam kotaknya.



Pada tunggul kayu pun ada species lebah jugak kot atau tebuan?



Didalam pusat jualan, ada dijual berbagai hasilan lebah madu.



Poster pasal royal jelly



Lagi deretan kotak lebah madu dibelakang pusat jualan.



Jadi, berkunjunglah ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

KENALI SAYUR-SAYURAN TANAH TINGGI



Apa yang menariknya di Cameron Highlands ialah jenis sayuran yang ditanam disini adalah berbeza dengan tanah rendah. Sayuran seperti cili adalah lebih mudah ditanam dan hasilnya adalah lebih baik. Kebanyakkan sayuran tanah tinggi disini adalah untuk pasaran tempatan dan sebahagiannya lagi untuk pasaran eksport seperti ke Singapura. Keluasan tanaman sayuran meliputi lebih kurang 51.2% dari keluasan bertanam di Cameron Highlands. Nilai pengeluaran pula dianggarkan 90 ooo tan setahun dengan hasil jualan lebih kurang 200 juta ringgit. Inilah menjadikan Cameron Highlands adalah sebuah pusat pengeluaran sayuran tanah tinggi utama di Malaysia.

Jom kita tengok jenis sayuran tanah tinggi di Cameron Highlands.

Gambar diatas sekali ialah bunga kobis atau omputih panggil cauliflower. Sayur nie datang dari pokok yang berlainan dengan kobis. Jangan korang ingat kalau pokok kobis dibiarkan lama-lama boleh berbunga pulak. Daunnya sama seperti kobis tapi dia mempunyai berbatang dan cauliflower tu akan muncul di bahagian atas sekali. Warna dia memang macam tu dan jangan korang ingat ada sesapa siram kaler pulak.

Yang ini cauliflower jugak tapi warna putih macam yang biasa kita jumpa.



Yang nie pulak keluarga caulifower juga, nama dia brokoli. Kalau kat Kea Farm boleh dapat 3 biji besar pada harga RM10 je. Kalau korang beli, bungkus dengan suratkhabar untuk mengelakan warnanya bertukar kekuningan.



Ini sejenis sayuran umbisi bernama ubi bit. Rupa macam lobak dan isi berwarna purple.



Sayur yang besar tu bukan timun tapi nama dia Zuchini. Aku tak reti nak masak apa benda nie.



Dibawah nie nama dia Yau Mak.



Tomato cherry. Sedap dibuat salad, campur dalam sambal tumis pun sedap la jugak. Saiz dia besar jari kita je.



Timun jepun. Kalau makan nasi lemak di Cameron Highlands akan dapat timun jenis nie.



Timun jugak tapi lebih besar dari timun jepun. Nama dia timun Holland.



Yang ini orang panggil watercrest atau selada air atau kemangi. Salah satu campuran kalau makan steamboat di Cameron Highlands. Rasanya macam kangkung.



Kat bawah nie nama dia sawi pahit. Memang ada rasa pahit sedikit, biasanya orang cina buat jeruk.



Sayur nie sejenis bayam dan namanya ialah poh choy. Kalau masak mudah lembik macam bayam jugak.



English pasley yang sering dijadikan ramuan masakan western.



Kum Chum dan jangan salah anggap, orang bukan makan bunga tu tapi putik bunga yang kecik tu. Sering digoreng dengan tepung, ala macam goreng cendawan tu....



Yang nie semua kenal....kobis



Sayuran nie namanya kaukei, banyak dieksport ke Singapura. Cara masak....tak tahu la pulak.



Yang nie kacang kara atau kat sini dipanggil kacang bangla. Orang bangla kat sini yang suka makan.



Sayur dibawah namanya sadri dan sering dicampurkan di dalam sup.



Itulah sebahagian dari sayuran tanah tinggi Cameron. jadi berkunjunglah ke sini.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed